PENYAKIT tekanan darah tinggi bukan sesuatu yang baharu dibincangkan, bahkan kesedaran mengenai penyakit ini sentiasa dipertingkat dalam kalangan masyarakat saban tahun. Namun, masih ramai yang tidak mengambil tahu atau memandang ringan tentang bahaya penyakit ini. Di negara ini, tekanan darah tinggi menduduki tempat kedua sebagai penyakit paling berisiko mengakibatkan kematian dengan dua pertiga daripada kes-kes sebelum ini masih belum didiagnosis. Menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH), Prof. Datin Dr. Chia…










