Pangkor bebas cukai dikaji semula - Utusan Malaysia

Pangkor bebas cukai dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 13 Julai – Kerajaan negeri akan mengkaji semula status Pangkor sebagai pulau bebas cukai sebelum memutuskan ia akan dilaksanakan atau sebaliknya.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, ia kerana pengumuman yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini mendapati pelaksanaannya tidak meliputi semua barangan yang bebas cukai.

“Apa yang saya nampak bebas cukai yang diumumkan sebelum ini tidak meliputi semua barangan dan kita akan mengkaji semula perkara ini.

“Keputusan terletak kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri mengalu-alukan apa sahaja keputusan yang mementingkan pertumbuhan di Pulau Pangkori,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Sambutan Aidilfitri Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Menurut Ahmad Faizal, apa jua usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk membolehkan Pulau Pangkor menarik lebih ramai pelancong luar dan tempatan akan mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri mahu Pulau Pangkor terus dikenali antara pulau peranginan utama negara bukan sahaja dalam kalangan pelancong tempatan malah juga antarabangsa.

“Tarikan pelancong luar negara ke Pulau Pangkor agak kurang berbanding kunjungan ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi,” katanya.

Sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) mengumumkan pelaksanaan Pulau Pangkor pulau bebas cukai dalam Bajet 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN