Pakatan Harapan tandus idea untuk kurangkan kos sara hidup - Pas - Utusan Malaysia

Pakatan Harapan tandus idea untuk kurangkan kos sara hidup – Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan jelas ketandusan idea untuk membina semula ekonomi negara termasuk bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat sepanjang 60 hari pemerintahan.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, dalam hal ini Pakatan Harapan harus berasa bersalah dan malu kerana kegagalan tersebut secara langsung membebankan rakyat khusus golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan golongan isi rumah berpendapatan pertengahan (M40).

“Bermula dengan manipulasi hutang RM1 trilion, tidak mengurangkan kadar tol dan harga petrol, menaikkan tarif elektrik bukan domestik, melakukan pusingan U projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan terbaharu memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 10 dan enam peratus.

“Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Jun 2018 telah menunjukkan peningkatan 0.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Ini bermakna kenaikan tarif elektrik pada bulan Julai dan disusuli dengan SST pada bulan September akan terus melonjakkan bebanan hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN