JANGAN cari fesyen pakaian ini pada pertunjukan catwalk Paris dalam masa terdekat ini. Harganya terlalu mahal. Itu penjelasan awal tentang rekaan terbaharu pakaian yang direka khusus supaya boleh berfungsi sebagai bateri telefon pintar. Pakaian yang boleh berfungsi sebagai bateri telefon pintar? Kedengaran agak unik dan mustahil tetapi perkara itu sedang giat diusahakan para jurutera di Nanoworld Laboratories, College of Engineering and Applied Science, University of Cincinnati (UC), Amerika Syarikat (AS)…










