Pahang perlu kemuka rayuan - Utusan Malaysia

Pahang perlu kemuka rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) belum menerima sebarang rayu­an daripada Persatuan Bola Sepak Negara Pahang (PBNP) berhubung pergantu­ngan Lesen Kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selama dua tahun.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihak­nya berharap PBNP mengemukakan rayu­an jika mahu membuat penampilan pada kejohanan berprestij Asia tersebut.

“Saya difahamkan setakat ini, Pahang belum lagi menghantar surat rayuan. Jadi, kita tunggu sahajalah. Saya tidak pasti kerana mungkin mereka tidak mahu merayu tetapi lebih elok jika Pahang dapat mengemukakan rayuan.

“Sebaik rayuan dikemukakan, baru perkara itu akan dibawa kepada Jawatankuasa Rayuan dan mereka akan bersidang sebelum menentukan keputusannya nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi dialog Pre­siden FAM di Kampung Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, skuad Tok Gajah berjaya me­nempah slot ke pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara (ACL) musim depan selepas muncul juara Piala FA menewaskan Selangor 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil awal bulan ini.

Bagaimanapun, Pahang berdepan dilema ekoran penggantungan Lesen Kelab AFC dikenakan ke atas mereka gara-gara menolak tawaran menjadi pengganti juara Piala FA musim lalu, Kedah yang gagal mendapatkan lesen berkenaan.

Hamidin menegaskan, keputusan sama ada Pahang boleh beraksi di pentas ACL atau sebaliknya bukan terletak di tangannya.

“Saya bukan Pengerusi Jawatankuasa Rayu­an. Pengerusinya ialah Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan jawatankuasa itu merupakan badan bebas, jadi saya tidak boleh menjawab mengenainya,” ujar Hamidin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN