KUALA LUMPUR 7 Julai – Kekecewaan yang terpaksa dilalui oleh Pahang dalam aksi final Piala FA tahun lalu akhirnya terubat apabila skuad Tok Gajah berjaya merangkul kejohanan tersebut setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Tahun lalu skuad Tok Gajah terlepas peluang untuk menjuarai Piala FA selepas tewas 3-2 kepada Kedah. Ia merupakan kejuaraan buat kali ketiga Pahang setelah kali pertama memenanginya pada tahun 2006 dan…










