Nurul Izzah mahu tunai janji bawa Radiohead ke Malaysia - Utusan Malaysia

Nurul Izzah mahu tunai janji bawa Radiohead ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 18 Julai – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akan berusaha menunaikan janjinya membawa kumpulan rock, Radiohead ke Malaysia untuk mengadakan persembahan.

Menurutnya, kehadiran Radiohead yang juga merupakan kumpulan kegemarannya itu adalah menerusi penganjuran konsert amal yang bakal diadakan.

“Jika mereka bersetuju dengan cadangan saya untuk mengadakan konsert atas nama konsert amal, saya akan bawakan. Jadi doakan dahulu.

“Media janganlah lapor lagi dengan terperinci, nanti kalau surat tak keluar, Radiohead tolak, siapa yang perlu dipersalahkan? Media Malaysia juga (yang dipersalahkan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel pada hari terakhir Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT) 2018 Kali Ke-5 2018 anjuran kerajaan negeri menerusi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Casuarina@Meru di sini hari ini.

Nurul Izzah sebelum ini berjanji untuk membawa kumpulan berkenaan ke Malaysia sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun beliau memberitahu janji tersebut akan diuruskan selepas bulan Ramadan dan memberi laluan kepada isu-isu lain yang lebih memerlukan perhatian.

Menurut beliau, urusan membawa kumpulan kegemarannya itu melibatkan banyak perbincangan termasuk beberapa pra syarat tertentu yang perlu diambil kira supaya tiada kebimbangan dibangkitkan kelak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN