Nilai pelaksanaan kasut sekolah hitam dari sudut terbuka - Utusan Malaysia

Nilai pelaksanaan kasut sekolah hitam dari sudut terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Pelbagai pihak dinasihatkan supaya tidak memandang remeh isu pemakaian kasut hitam di sekolah bermula tahun depan berikutan pelaksanaan undang-undang baharu itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Kasut putih
SELAMAT TINGGAL KASUT PUTIH…Mulai tahun depan pelajar akan memakai kasut hitam ke sekolah.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, walaupun keputusan terhadap warna kasut sekolah dianggap kecil oleh sesetengah pihak, namun implikasinya adalah besar khususnya kepada pelajar dan ibu bapa.

Katanya, bagi para pelajar, kasut sekolah berwarna hitam lebih mudah diurus terutamanya dalam aspek kebersihan kerana sesuai dengan status pelajar yang aktif dalam aktiviti pembelajaran dan bersukan.

“Dengan menggunakan kasut sekolah berwarna hitam juga akan lebih menjimatkan wang kerana tidak perlu lagi berbelanja untuk membeli kapur untuk membersihkannya atau terpaksa membeli kasut sekolah berwarna putih setiap tahun jika sudah kotor atau lusuh.

“Ini sekali gus dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa serta penjaga terhadap pembelian kasut anak-anak mereka setiap tahun,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN