SAUDARA PENGARANG, BARU-BARU ini Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Negeri Sembilan, Jenny Wang Lee Peng mendakwa banyak rumah lot bumiputera tidak dapat dijual dan berharap ada penyelesaian segera demi ‘kesejahteraan masyarakat’. ‘Penyelesaian’ itu bagi saya dan masyarakat umum bermakna diberi kebenaran untuk dijual kepada bukan Melayu mahupun warga asing kerana tidak mungkin pemaju akan menurunkan harga rumah tersebut yang rata-ratanya melebihi RM500,000 setiap satu. Dengan alasan lot…










