Negara aman kerana pahlawan terdahulu - Dr. M - Utusan Malaysia

Negara aman kerana pahlawan terdahulu – Dr. M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa keamanan yang dinikmati Malaysia hari ini adalah disebabkan kesanggupan golongan pahlawan negara untuk berkorban suatu ketika dulu.

Perdana Menteri menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter beliau memberitahu, disebabkan itu Hari Pahlawan dirayakan supaya rakyat tidak lupa peranan dimainkan pahlawan negara.

Tanpa golongan pahlawan, kata beliau, sudah tentu negara akan dibanjiri oleh ramai orang asing yang masuk secara haram dan rakyat bakal menghadapi banyak masalah.

“Selain itu, kadang-kadang ada kegiatan ganas oleh pihak tertentu, jangan lupa bahawa pahlawan kita yang selamatkan kita daripada percubaan oleh kumpulan pengganas dulu untuk rebut kuasa di Malaysia.

“Pahlawan kita ramai yang terkorban kerana pertahankan negara. Dengan kerana kesanggupan mereka untuk korban, maka negara kita selamat, kita dapat hidup dengan selamat dan majukan lagi masyarakat,” kata beliau.

Menurut Dr. Mahathir, sambutan Hari Pahlawan akan terus mengingatkan rakyat kepada peranan golongan pejuang negara.

“Dengan itu, kita harap kita akan rasa terhutang budi kepada mereka kerana kesanggupan mereka berkorban demi bangsa, agama dan negara,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN