Naza TTDI lancar Met Galleria - Utusan Malaysia

Naza TTDI lancar Met Galleria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Syarikat pemaju hartanah Naza TTDI Sdn. Bhd. (Naza TTDI) melancarkan komponen runcit pertama bagi projek KL Metropolis, Met Galleria dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM160 juta.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Naza TTDI, Datuk Idzham Mohd. Hashim berkata, Met Galleria merupakan sebuah pusat beli-belah dua tingkat berkeluasan 80,000 kaki per segi yang mempamerkan ciri kolonial dan moden. 

Katanya, 40 peratus daripada ruang runcit Met Galleria dikhususkan bagi peruncit makanan dan minuman (F&B), 20 peratus bagi kedai konsep dan bakinya akan diagihkan kepada penyewa utama, penyedia perkhidmatan dan kiosk-kiosk. 

“Met Galleria akan memenuhi keperluan penduduk di MET 1 Residences, pekerja dari pejabat berdekatan, penduduk Mont Kiara dan pelawat MITEC,” katanya pada majlis pelancaran Met Galleria di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×