Murung punca anak tikam ibu - Utusan Malaysia

Murung punca anak tikam ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 2 Julai – Masalah kemurungan akibat gagal dalam pelajaran dipercayai menjadi punca seorang pemuda bertindak menikam ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di Kampung RTB Bukit Changgang di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azizan Tukiman berkata, berdasarkan keterangan bapa suspek, anaknya itu menghadapi masalah kemurungan sejak tahun lalu selepas gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, anak keenam daripada 10 beradik itu dipercayai tertekan kerana empat abangnya berjaya dalam hidup manakala adik-adiknya bersekolah di asrama penuh.

“Sejak umur 13 tahun, suspek belajar di sekolah tahfiz di Bukit Changgang sebelum berhenti tahun lalu untuk mengambil peperiksaan SPM.

“Namun, semua mata pelajaran yang diambilnya gagal dan sejak itu dia mengalami kemurungan melampau serta tidak bercakap di rumah,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala La­ngat di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN