KUALA LUMPUR 26 Julai – Kesihatan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas 12 Julai semakin baik. Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim berkata Presiden Bersatu itu juga semakin pulih. “Syukur Alhamdulillah, kami ingin memaklumkan bahawa tahap kesihatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin amat baik dan semakin pulih. “Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus diberikan kepada beliau,” kata Hafiz. Hafiz berkata demikian untuk menjawab pertanyaan daripada pelbagai pihak mengenai tahap kesihatan Muhyiddin.-UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya