Mohd. Asri, Ramasamy hadir pertemuan anjuran Mujahid - Utusan Malaysia

Mohd. Asri, Ramasamy hadir pertemuan anjuran Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Julai – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy hadir ke Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini untuk pertemuan yang diaturkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof.

Pertemuan enam mata yang diaturkan pada pukul 3 petang itu antara lain menyaksikan Mujahid menjadi orang tengah berikutan beberapa isu menjadi pertembungan antara Mohd. Asri dan Ramasamy.

Menurut Muhajid, pertemuan yang melibatkan kedua-dua tokoh berkenaan adalah untuk perbincangan tertutup. 

“Saya tidak janjikan apa-apa tetapi saya harap pertemuan ini kita ada sesuatu untuk disampaikan,” katanya kepada pemberita sebelum perbincangan berkenaan dimulakan.

Sebelum ini, Mohd. Asri merupakan antara pihak yang mempersoalkan Ramasamy kerana didakwa menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.

Timbalan Ketua Menteri II itu bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa menjadi sasaran kerana mendesak pendakwah Islam terkenal Dr. Zakir Naik dihantar pulang ke India. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN