Mohamed Hanipa dibenarkan keluar dari hospital - Utusan Malaysia

Mohamed Hanipa dibenarkan keluar dari hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang rebah secara tiba-tiba dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

Menurut kenyataan Hospital Putrajaya, Mohamed Hanipa akan menjalani rawatan susulan dengan pakar yang berkaitan selepas ini.

“Timbalan Menteri didapati mengalami vaso vagal attack.

“Beliau berada dalam keadaan sihat dan stabil tanpa sebarang gejala semasa berada di wad,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan, siasatan yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang keputusan abnormal yang akut.

“Tekanan darah dan paras kolesterol darah adalah terkawal dan beliau tidak menghidap penyakit diabetis,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN