KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) – Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini berkata bahawa bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tidak bercakap benar mengenai Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran terhadap keputusan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Merujuk kepada artikel bertajuk ‘Malaysia ada bukti kukuh’ yang telah diterbitkan pada 1 Julai 2018 dalam Mingguan Malaysia, berdasarkan temu bual…










