Mohamad Fauzi Husin Pengarah baharu SPRM Pahang - Utusan Malaysia

Mohamad Fauzi Husin Pengarah baharu SPRM Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 12 Julai -Mohamad Fauzi Husin dilantik sebagai Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri yang baharu berkuatkuasa 7 Jun lalu.

Mohamad Fauzi yang sebelum ini merupakan Pengarah Kanan, Seksyen Integriti, Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri menggantikan Datuk Azmi Kamarudin yang bertukar Timbalan Pengarah Perisikan SPRM di ibu pejabat.

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah SPRM negeri itu diadakan di Bilik Gerakan Kompleks SPRM Pahang di Indera Mahkota di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Jaffar Mahad.

Sementara itu, Mohamad Fauzi berterima kasih kepada pengurusan tertinggi suruhanjaya berkenaan kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk menerajui SPRM negeri.

“Sesungguhnya jawatan ini adalah amanah Allah SWT. kepada saya untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh berintegriti,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×