Merkel ‘goyah’ - Utusan Malaysia

Merkel ‘goyah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH 2 Julai – Kerajaan pakatan yang dipimpin Canselor Jerman, Angela Merkel kini berdepan dengan masa depan tidak menentu selepas Menteri Dalam Negeri, Horst Seehofer mengancam untuk meletakkan jawatan sebagai membantah dasar pelarian Merkel.

Namun, Merkel dilapor akan membuat percubaan terakhir bagi menamatkan pertikaian berhubung isu pelarian itu dengan sekutu parti konservatif melalui lebih banyak perbincangan dengan Seehofer.

Seehofer bersedia meletak jawatan sebagai menteri dan pengerusi Parti Christian Social Union (CSU), parti utama dalam pakatan Merkel, dalam satu mesyuarat partinya bertujuan membincangkan cadangan imigresen yang dibawa balik Merkel dari mesyuarat EU, minggu lalu.

Tindakan untuk meletakkan jawatan menjadikan kerajaan Merkel goyah apabila parti pemimpin itu Parti Christian Democrat (CDU) bergantung kepada Bavarian CSU untuk mengekalkan penguasaannya dengan membentuk satu pakatan tiga bulan lalu sekali gus menamatkan kemelut politik di Jerman.

Merkel telah kehilangan banyak undi kepada parti berhaluan kanan pada September lalu dan beliau terpaksa beralih kepada negara jiran bagi membantu menyelesaikan pertikaian berhubung bagaimana untuk menangani pelarian yang cuba memasuki negara ini.

Krisis politik Jerman itu merupakan isyarat baharu berlakunya perpecahan dalam kalangan Kesatuan Eropah (EU) antara mereka yang mahu mengekalkan sempadan terbuka dan mereka yang mahu menyekat jumlah pendatang memasuki blok perdagangan terbabit.

Seorang sumber parti berkata, Seehofer yang menuntut Merkel mengetatkan dasar pintu terbuka pelarian terdahulu memaklumkan rakan sejawatnya bahawa di sebalik langkah yang dipersetujui pemimpin EU, beliau tidak melihat alternatif untuk menghantar kembali pelarian ke sempadan.

Merkel, bagaimanapun menolak cadangan itu.

Para pemimpin CSU berbelah bahagi tentang bagaimana untuk mendepani cabaran daripada parti Alternative for Germany (AfD) yang anti pendatang semasa pilihan raya wilayah, pada Oktober ini cuba memujuk Seehofer supaya mengubah pendirian untuk tidak meletak jawatan.

Seehofer memaklumkan rakan sejawatnya dalam parti semasa mesyuarat jawatankuasa eksekutif bahawa perbincangan dengan Merkel tidak mendatangkan hasil.

Satu kemungkinan yang ada adalah CDU dan CSU membubarkan pakatan yang berusia 70 tahun sekali gus menyebabkan Merkel kehilangan majo­riti dalam Parlimen dan beliau mungkin cuba me­nerajui kerajaan minoriti atau mungkin pilihan raya baharu diadakan.

Awal minggu ini, pemimpin EU mengetepikan perjanjian untuk berkongsi pelarian atas dasar sukarela dan mewujudkan pusat kawalan di dalam EU untuk memproses permohonan pencari suaka. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN