Menu daging wagyu bukan dipesan Parlimen Malaysia - Utusan Malaysia

Menu daging wagyu bukan dipesan Parlimen Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Parlimen Malaysia menjelaskan menu daging wagyu yang tular di media sosial sejak semalam merupakan menu tambahan yang disediakan oleh pihak juru saji makanan bagi meraikan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed berkata, menu tersebut juga bukan dipesan oleh pihak Parlimen Malaysia.

“Menu tersebut juga hanya disediakan di meja makan utama iaitu untuk lapan orang tetamu dan bukanlah disajikan kepada kesemua jemputan.

“Parlimen Malaysia kesal dengan penyebaran isu berkaitan sajian mewah tersebut kerana maklumat yang disampaikan adalah tidak tepat sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN