Tika usia melewati senja
lebih tujuh dekad menjinjing upaya kudrat bonda semakin longlai tenaga bonda kian gemalai kedut urat nadimu memegang lelah mata kabur rambut putih menyerlah berjalan berpimpin kudrat bersisa yang terpujuk menjadi darma.
Mengenang bonda
Memuatkan artikel berkaitan…
zaman kami dibesarkan
insan istimewa ini melorongkan kami ke laluan lurus bijaksana mengurus ke kolam emas tiadalemas berkat sabar kasih tergambar dalam pasrah meredah payah bersengkang mata berteman rembulan rezeki yang berkunjung
cukup makan, tiada menyimpan
berlauk ringkas anak-anakmu santun terdidik.
Mengenang bonda
saban waktu wajah rindu
relau kasih melimpah sayang.
PAUZI MOHD ISA
Bidor, Perak











