Mencerap bulan di Masjid UniSZA pada 27 Julai - Utusan Malaysia

Mencerap bulan di Masjid UniSZA pada 27 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 20 Julai – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengajak orang ramai menyertai Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh yang akan diadakan di pekarangan masjid institusi itu di Kampus Gong Badak, di sini Jumaat depan.

Cerapan Gerhana Bulan penuh
 

Program anjuran Insititut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri) bermula dari pukul 9 malam hingga 7.30 pagi itu bertujuan mendedahkan masyarakat dengan fenomena Sains di samping menarik minat mereka dalam bidang ilmu tersebut.

Pusat Komunikasi Korporat UniSZA dalam satu kenyataan memberitahu, pelbagai pengisian bermanfaat disediakan untuk orang ramai antaranya kuliah Maghrib, solat Isyak berjemaah, ceramah gerhana, solat sunat gerhana dan khutbah gerhana.

Menurut kenyataan itu, fenomena yang dijangka bermula pada pukul 1.14 pagi waktu Malaysia itu merupakan gerhana bulan yang paling lama di abad ke-21.

“Gerhana kali ini akan meletakkan bulan di kedudukan apogi, iaitu bulan terletak jauh dari bumi. Fenomena ini turut dikenali sebagai mini moon,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN