MELAKA 11 Julai – Kerajaan negeri menyasarkan kemasukan lima pelaburan daripada syarikat gergasi luar negara sebagai usaha menjana ekonomi, sekali gus mengurangkan jumlah pengangguran dalam masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, usaha pelaburan dengan syarikat dari negara China, United Kingdom dan Amerika Syarikat itu sedang dalam peringkat rundingan dan diharap akan menjadi kenyataan tahun ini. “Proses ini masih dalam peringkat rundingan antara kedua-dua belah…










