MBPJ lancar PPKB di Kampung Lindungan - Utusan Malaysia

MBPJ lancar PPKB di Kampung Lindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 21 Julai – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini melancarkan pusat aktiviti Penjanaan Pendapatan Komuniti Bandar (PPKB) di Dewan Komuniti PJS 6, Kampung Lindungan, di sini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, pembukaan pusat PPKB yang ke empat tersebut merupakan inisiatif MBPJ untuk membantu membangunkan ekonomi bandar dan meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Beliau berkata, pusat berkenaan berfungsi sebagai platform untuk usahawan tempatan menghasilkan beberapa produk seperti makanan sejuk beku, pau, donut, aiskrim, biskut raya selain menerima tempahan jahit baju Melayu dan baju kurung.

“Usaha ini turut menyokong kempen bebas plastik kerana PPKB juga banyak menghasilkan produk daripada bahan-bahan terbuang seperti kain rentang dan gegantung yang dikitar semula menjadi barang kegunaan harian seperti beg, tikar dan apron.

“Secara tak langsung, ia dapat membendung masalah pencemaran alam dan menjadikan persekitaran bandar raya Petaling Jaya lebih kondusif selain mengurangkan kos dan bahan buangan di tapak pelupusan,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN