MOSCOW – Pemain tengah Perancis, Blaise Matuidi percaya rakan sepasukannya, Kylian Mbappe bakal memainkan peranan penting menjelang aksi suku akhir Piala Dunia 2018 menentang Uruguay malam esok.
Sebagai rekod, Mbappe muncul wira buat pasukan Les Blues selepas meledak dua gol untuk menyingkirkan skuad gergasi Amerika Selatan, Argentina dengan keputusan 4-3 pada pusingan 16 terbaik minggu lalu.
Kini, Matuidi percaya pemain berusia 19 tahun itu mampu menjadi duri dalam daging buat satu lagi wakil Amerika Selatan itu sekali gus membawa pasukannya melangkah ke pusingan separuh akhir buat pertama kali sejak edisi 2006,
“Selepas lebih sebulan menjalani latihan bersama, saya akui Mbappe memiliki bakat istimewa dan sangat lincah ketika menyerang. Meskipun barisan pertahanan Uruguay terbukti lebih baik berbanding Argentina, saya percaya dia boleh meledak sekali lagi pada perlawanan itu nanti.
“Rakan-rakan sepasukan percaya kepadanya dan saya harap dia boleh buktikan untuk membawa kami melangkah ke pusingan separuh akhir,” katanya. – Agensi











