Mayat tanpa identiti ditemukan di Sungai Selangor - Utusan Malaysia

Mayat tanpa identiti ditemukan di Sungai Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR 14 Julai – Mayat seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti ditemukan nelayan di tebing Sungai Selangor berdekatan jeti Pusat Pelancongan Kelip-kelip Kampung Kuantan, di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd. Al Hafiz Asmuni berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.53 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai diketuai Komander Operasi, Ismayudin Ibrahim digerakkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik sampai di tempat kejadian, pihak polis memaklumkan kedudukan mayat yang di tebing sungai.

“Seterusnya, dengan menggunakan bot penyelamat, mayat mangsa berjaya dibawa naik sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×