Mangsa gempa bumi Lombok, Siti Nur Iesmawida pejuang belia - Utusan Malaysia

Mangsa gempa bumi Lombok, Siti Nur Iesmawida pejuang belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Siti Nur Iesmawida Ismail, 30 rakyat Malaysia yang terkorban dalam gempa bumi di Lombok, Indonesia hari ini disifatkan sebagai satu kehilangan kepada warga belia berkemahiran di Malaysia.

Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia Mohamad Rizan Hassan berkata, Siti Nur Iesmawida merupakan pejuang yang mempunyai hati yang cukup ikhlas dalam membantu memberikan peluang kedua kepada golongan muda yang tercicir akademik dan berisiko.

“Kehilangan besar ini sesuatu yang akan ditangisi dan diratapi oleh mereka yang telah di bantu oleh beliau untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bermakna dengan mendorong kumpulan sasar tersebut memilih bidang teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pilihan kedua untuk berjaya.

“Beliau adalah salah seorang kakitangan yang berdedikasi di Miraj Academy, Ampang dan juga merupakan Sukarelawan Belia Berkemahiran di MBM, kata Mohamad Rizan.

Siti Nur Iesmawida terkorban ketika mendaki Gunung Rajini akibat gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda Lombok awal pagi ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN