KUALA LUMPUR 13 Julai – Malaysia memandang serius kejadian pasukan bola sepak bawah 19 tahun (B-19) negara diprovokasi penyokong Indonesia sejurus perlawanan peringkat separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo tamat malam tadi. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keselamatan dan kesejahteraan para atlet perlu sentiasa menjadi keutamaan pada bila-bila dan di mana jua…










