Mahathir terima ciuman Siti Hasmah - Utusan Malaysia

Mahathir terima ciuman Siti Hasmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila beliau mene­rima ciuman pada pipi daripada isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dalam rakaman temu ramah eksklusif terbitan Astro Gempak sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-93 semalam.

‘Hadiah’ istimewa tersebut diberikan Siti Hasmah kepada Mahathir selepas pengacara cilik, Kashika Selvam meminta pasangan itu yang menerima jolokan #CoupleGoals di laman sosial berbuat demikian khas untuk tatapan rakyat di seluruh negara.

Biarpun kelihatan tersipu-sipu, Mahathir tetap sporting dan menerima cabaran untuk dicium oleh isterinya.

Terdahulu bintang cilik Ceria Popstar itu memberi pilihan jawapan sama ada pelukan atau ciuman kepada Mahathir dan Siti Hasmah sebagai sebahagian daripada pertanyaan yang diajukan dalam temu bual tersebut.

Siti Hasmah secara spontan memilih kedua-duanya manakala Mahathir secara berjenaka memilih pelukan sebagai jawapan sebelum dipujuk isterinya untuk bersetuju dengan jawapan beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN