MAB terima A350 XWB terakhir - Utusan Malaysia

MAB terima A350 XWB terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai– Malaysia Airlines Berhad (MAB) menerima pesawat Airbus A350-900 yang keenam selepas penghantaran secara ber­peringkat sejak November tahun lalu.

MAB dalam kenyataannya berkata, pesawat A350 XWB de­ngan nombor pendaftaran 9M-MAG itu merupakan yang ter­akhir diterima daripada Airbus.

Katanya, A350-900 tersebut tiba di Kompleks Kejurute­raan MAB pada pukul 8.10 pagi hari ini selepas berlepas dari Toulouse, Perancis pada pukul 12.45 tengah hari semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

A350 XWB memiliki kapasiti tempat duduk sebanyak 286 buah de­ngan empat tempat duduk kelas pertama, 35 tempat duduk kelas perniagaan serta 247 tempat duduk kelas ekonomi.

Pesawat baharu itu memiliki ruang yang lebih selesa selain memberi penjimatan terhadap kos bahan bakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×