Lima suspek geng pecah rumah Mohd. Isa ditahan - Utusan Malaysia

Lima suspek geng pecah rumah Mohd. Isa ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Lima suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di Nilai Spring Heights, Nilai, Rabu lepas, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Beliau berkata, kesemua suspek warga asing, masing-masing tiga lelaki dan dua wanita berumur lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan di sekitar Nilai pada lewat petang hari sama (Rabu lepas).

“Kesemua suspek kini direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. Kita siasat kes ini daripada pelbagai sudut, sama ada mereka (suspek) ini terlibat secara langsung atau hanya bersubahat atau tidak,” katanya ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati rumah itu didiami anak dan cucu Mohd. Isa serta agak terpencil dan menjadi sasaran penjenayah.

Beliau berkata ini adalah kes pecah rumah sama kali kedua, iaitu kejadian pertama berlaku pada Ogos 2013. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN