Lima kedai musnah dalam kebakaran di Langkawi - Utusan Malaysia

Lima kedai musnah dalam kebakaran di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Lima buah kedai di Pekan Pokok Asam, Langkawi dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu membabitkan dua pasar mini serta sebuah restoran, kedai perkakasan dan premis menjual telefon bimbit.

Komander operasi, Timbalan Penguasa Bomba Johari Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran deretan kedai dua tingkat yang terletak di hadapan Hotel Grand Continental itu pada pukul 3.28 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian, kita dapati kebakaran melibatkan lima buah kedai.

“Api berjaya dikawal dalam masa kira-kira 21 minit dan kejadian mengakibatkan setiap unit kedai terbakar hampir 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

“Punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN