Letak jawatan beramai-ramai - Utusan Malaysia

Letak jawatan beramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) mengesahkan kesemua sembilan Ahli Lembaga Pengarah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu.

Menurut syarikat dana pelaburan strategik kerajaan itu dalam satu kenyataan, peletakan jawatan tersebut dilakukan bagi memudahkan dan melancarkan proses peralihan yang dilaksanakan oleh kerajaan baharu.

“Ahli Lembaga Pengarah berbesar hati untuk berkhidmat dan merasakan adalah wajar untuk menawarkan budi bicara serta mengesahkan semula bidang kuasa kerajaan baharu bagi membentuk lembaga pengarah yang baharu.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan terkini sebaik sahaja butiran lanjut tentang pemulihan semula lembaga pengarah baharu diperoleh,” kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN