PUTRAJAYA 10 Julai- Lebih 300 individu ditahan dan didakwa berkaitan penyalahgunaan dokumen pengenalan diri pada tahun lepas (2017) sehingga Februari tahun ini, kata Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Mohammad Razin Abdullah. MOHAMMAD RAZIN ABDULLAH Menurutnya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjaya menangkap dan mendakwa seramai 240 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan kad pengenalan yang tidak teratur sepanjang 2017. “Kesinambungan kejayaan itu diteruskan dengan penahanan dan pendakwaan ke atas 73 individu lagi…










