IPOH 21 Julai – Dua ahli majlis Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) membuat laporan polis berikutan surat layang yang memfitnah mereka ketika berlangsungnya Kongres Pafa hari ini. Surat layang yang dimasukkan dalam beg perwakilan mendakwa dua pegawai Pafa iaitu Mahhadee Ramlee dan Johari Baharom melakukan pelbagai salah laku seperti membawa masuk penonton ke dalam stadium dan penipuan penjualan tiket. Mahhadee berkata, dakwaan tersebut merupakan fitnah dan tohmahan yang bertujuan menjejas…










