Lang Merah yakin menyerlah tanpa tonggak - Utusan Malaysia

Lang Merah yakin menyerlah tanpa tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 21 Julai – Kedah tetap optimis mampu membawa pulang mata dalam aksi Liga Super di Stadium Perak esok, meskipun bakal berdepan tuan rumah tanpa lima tonggak utama.

Ketua Jurulatih Lang Merah, Nidzam Adzha Yusoff berkata, Liridon Krasniqi dan Paulo Rangel, Andik Vermansyah, Akhyar Rashid dan Ariff Farhan Isa terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

“Ketiadaan pemain utama bukan alasan untuk Kedah mengaku kalah dengan mudah, sebaliknya pemain lain yang diberi kepercayaan tetap turun untuk mencari kemenangan bagi meraih kedudukan lebih baik dalam carta Liga Super,” katanya di sini, hari ini.

Nidzam Adzha yakin, kesebelasan pemain Lang Merah sedia memberi komitmen, fokus serta bersemangat dalam misi memburu kemenangan walaupun di stadium lawan.

Sementara itu, Nidzam berkata, dua pemain skuad Piala Presiden, Hidhir Idris dan Fadzrul Danel antara yang akan dipanggil bagi mengisi kekosongan.

“Dua pemain muda itu mampu memikul tugas berat berdasarkan prestasi mereka sebelum ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nidzam berkata, pemain pertahanan import, Alvaro Silva akan kembali menguatkan cabaran Kedah selepas menamatkan penggantungan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN