ATHENS 25 Julai – Pihak berkuasa Greece yang mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari, kini giat melakukan operasi mencari mangsa selepas sekurang-kurangnya 79 orang maut akibat kebakaran hutan besar berhampiran Athens. BBC melaporkan, operasi berkenaan dilakukan di laluan darat dan laut. Angin kencang ketika kejadian menyemarakkan lagi kebakaran, menyebabkan banyak penduduk terperangkap di dalam kediaman dan kenderaan mereka dan terdapat mereka yang terpaksa terjun ke laut untuk menyelamatkan diri. Seorang…










