Wan Ji keluar PKR untuk kurangkan musuh

Wan Ji keluar PKR untuk kurangkan musuh

WAN JI WAN HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin mengemukakan surat rasmi keluar daripada PKR, Khamis lalu.

Katanya, keputusan itu dibuat secara baik tanpa sebarang niat untuk mencetuskan pertelingkahan, sebaliknya bagi memberi ruang kepada kehidupan yang lebih tenang selari dengan faktor usia.

“Ada wartawan hantar mesej tanya keabsahan berita yang tersebar berkenaan saya keluar dari parti PKR. Saya jawab, ya, sudah hantar surat rasmi kepada parti 1 Januari,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambahnya, sepanjang penglibatan dalam politik, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk menjauhkan diri daripada perbezaan pandangan yang boleh menjejaskan hubungan sekali gus mengurangkan musuh.

“Ana tak mau gaduh dengan orang. Ana nak menjauhkan diri dari parti dengan cara baik. Sebab itu, Ana buat permohonan rasmi. Semoga hidup Ana semakin jauh dari susah.

“Umur semakin meningkat, perlu fikir untuk mengurangkan musuh. Semasa ahli PKR, ramai orang-orang yang bukan parti PKR tidak mahu berkawan,” katanya.

Semalam, perkara itu turut dikongsikan bekas ketua cabang PKR Petra Jaya, Iswardy Morni melalui hantaran di platform X.

“Ustaz Wanji sudah sah keluar parti Keadilan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN