Labuan catat 246 kes HFMD - Utusan Malaysia

Labuan catat 246 kes HFMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN 20 Julai – Sebanyak 246 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dicatat di Labuan dari Januari hingga pertengahan Jun tahun ini, dengan dua tadika dan sebuah pusat jagaan kanak-kanak diarahkan tutup, menurut Jabatan Kesihatan Labuan.

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini, berlaku peningkatan jumlah kes tersebut di Labuan berbanding 212 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Sejumlah 23 kes direkodkan dari 7 hingga 14 Julai, dan ibu bapa dinasihatkan mengajar anak-anak mereka untuk menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun bagi mengurangkan kemungkinan dijangkiti dan menyebarkan HFMD.

Kebanyakan ibu bapa yang sebelum ini meletakkan anak-anak mereka di pusat jagaan kanak-kanak mengambil cuti bagi menjaga anak masing-masing berikutan kes tersebut.

“Saya terpaksa mengambil cuti hari ini sehingga Selasa minggu depan kerana penutupan pusat jagaan dari 19 hingga 23 Julai,” kata seorang ibu, Mariam Lee Abdullah, 44. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN