KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menerima sembilan gerabak baharu kelas perniagaan untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) bermula September ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, gerabak itu akan diterima secara berperingkat iaitu satu gerabak pada setiap bulan. “Kami akan mengadakan ujian dulu untuk setiap satu gerabak ‘Business Class’ yang dipasang pada setiap perkhidmatan ETS yang mempunyai lima gerabak kelas ekonomi setakat ini. Kami menjangkakan…










