KPM akan laksana intervensi, bantu sekolah tahfiz - Utusan Malaysia

KPM akan laksana intervensi, bantu sekolah tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan beberapa intervensi untuk membantu sekolah tahfiz bagi memastikan pelajar tahfiz mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja yang semakin mencabar.

“Biasanya, isu yang berbangkit di sekolah tahfiz adalah mengenai kualiti pengajaran dan pendidikan. Jadi, kita ingin memastikan supaya sekolah tahfiz tidak menggadaikan kualiti pendidikan untuk anak-anak kerana mereka inilah masa depan negara,” kata Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik kepada Bernama.

Ketika ditemui selepas merasmikan Konvesyen Pendidikan Kebangsaan ke-24 dan Persidangan Agung Perwakilan ke-36 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysiadi Subang Jaya,. dekat sini hari ini, beliau berkata, langkah itu bagi memastikan semua pelajar tahfiz mempunyai keseimbangan antara ilmu ukhrawi dan duniawi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak mahu apa yang diajarkan di sekolah tahfiz itu akan melahirkan pelajar-pelajar yang tidak mengenal ilmu duniawi. Ia kena ada keseimbangan di antara ilmu akhirat (ukhrawi) dan duniawi yang diperlukan terutamanya dari segi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mencadangkan penutupan sekolah tahfiz yang disifatkan terlalu radikal, Maszlee berpendapat semua ibu bapa mempunyai hak untuk memilih pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

“Itu tidak menepati dengan aspirasi saya yang percaya kepada kebebasan ibu bapa untuk memilih pendidikan yang terbaik buat anak-anak mereka,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×