KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji untuk menyelaraskan peruntukan undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan ke atas penyalahgunaan lesen pusat hiburan. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kementerian sedang mengumpul input daripada pihak polis supaya penguatkuasaan undang-undang dapat dijalankan oleh kedua-dua pihak. “Apa yang berlaku sekarang PBT keluarkan lesen jadi apabila mendapat aduan seperti pusat hiburan yang disalah guna sebagai pusat judi, PBT turun padang…