KUALA LUMPUR 24 Julai – Kontraktor dengan pakej kerja bagi projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) telah menghantar notis tuntutan kepada rakan kongsi penyampaian projek (PDP) mengenai pampasan peningkatan kos tambahan akibat daripada perubahan reka bentuk dan jadual perkembangan projek.
Sumber industri memberitahu, dua kontraktor telah pun menulis surat kepada PDP iaitu Malaysian Resources Corp. Bhd. (MRCB) and George Kent (M) Bhd. yang menyatakan bahawa mereka akan menuntut kos tambahan daripada PDP.
Notis tuntutan paling utama pula telah dihantar oleh konsortium CRRC Zhuzhou Locomotive Co Ltd-Siemens Ltd China-Tegap Dinamik yang diberikan projek bernilai RM1.2 bilion untuk menyediakan ‘rolling stock’ bagi projek berkenaan.
“Dalam surat kepada PDP bertarikh 12 Julai lalu, konsortium ini berasa terkejut dan kecewa dengan isu penggantungan kerja berkenaan dan ia melibatkan kos.
“Ia juga menarik perhatian PDP bahawa mana-mana perubahan dalam konfigurasi kereta api akan memberi impak yang besar kepada keseluruhan projek berhubung kos dan prestasi teknikal set kereta api,” kata sumber tersebut seperti dipetik laporan akhbar The Star di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











