Kongsi gambar Pun nak kutuk ke? - Utusan Malaysia

Kongsi gambar Pun nak kutuk ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPERTI judul lagu Elly Mazlein, Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, sebenarnya sudah banyak kali orang menasihatkan Intan Liana supaya tidak lagi mengungkit kisah perkahwinan lamanya dengan pemuzik Ude Wahid.

Tapi degil, dia buat hal juga dan tetap memuat naik gambar Ude dengan anak-anaknya di Instagram baru-baru ini. Tak pasal-pasal orang mempertikaikan motif tindakan dia itu. Sampai ada yang kata tindakan itu spesis meroyan atau gila talak.

Pada ketika orang sudah tak berminat lagi nak bercakap tentang kisah Ude yang sedang bahagia dengan isteri baharunya, pelakon Izreen Azminda. Apa yang sedang berlaku antara mereka berdua sekalipun, lantaklah, orang sudah tak kisah.

Tapi dalam hal ‘imbas ke belakang’ itu, perlu diingatkan bahawa Intan juga ada hak untuk bersuara. Dia berhak berkongsi perasaan yang sedang dialami. Jadi, janganlah anggap dia masih lagi duduk mengejar bekas suaminya itu hanya kerana dia berkongsi semula kisah-kisah masa lampau. Hanya wanita yang pernah mengalami situasi sebegini yang memahami apa itu erti sepi dan janganlah hendak tuduh macam-macam.

Orang luar hanya tahu menilai secara luaran atas apa yang berlaku terhadapnya. Boleh bagi kata-kata semangat tapi yang menempuhi kesakitan itu sendiri adalah Intan seorang diri semata-mata. Bertabahlah Intan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN