Kilang cemar alam sekitar akan dikenakan tindakan tegas - Utusan Malaysia

Kilang cemar alam sekitar akan dikenakan tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan pencemaran alam sekitar. 

Amaran tersebut dibuat susulan pendedahan Kosmo! berhubung terdapat sekurang-kurangnya 38 buah kilang dan tempat pelupusan sampah yang beroperasi memproses sisa plastik di daerah Kuala Langat sehingga berlakunya pencemaran alam sekitar. 

“Kami memandang serius (isu tersebut) dan akan memastikan sesiapa yang terlibat dalam mencemarkan alam sekitar akan mendapat hukuman yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lobi Parlimen di sini sebentar tadi.

Menurut Bee Yin, pihaknya akan mengambil tindakan berhubung isu tersebut tanpa memperincikan tindakan yang akan diambil. 

“Seperti saya beritahu tadi rancangan-rancangan (tindakan yang akan dibuat) tidak boleh dimaklumkan kepada pihak media bagi memastikan pengusaha-pengusaha (kilang kitar plastik) tidak tahu apa yang sedang dirancang oleh kerajaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN