ABDUL KHALIQ menjadi manusia terpantas di Asia selepas memecahkan rekod temasya bagi acara 100 meter dengan catatan 10.6 saat, mengatasi rekod 1951 – 10.8s milik Levy Pinto dari India.
Kejayaan itu menyaksikan Khaliq yang dilahirkan di Pakistan pada 23 Mac 1933 diberi julukan ‘Parinda e Asia’ (Burung Terbang Asia).
Selain itu, dia turut meraih pingat perak dalam acara 4x100m dalam temasya yang sama dan pencapaian itu menyaksikan dia berjaya membantu Pakistan menamatkan saingan di kedudukan keempat secara keseluruhan selepas meraih 13 pingat.
Sebelum itu, Khaliq merupakan antara atlet harapan Pakistan untuk menyerlah di persada antarabangsa selepas kejayaannya merangkul 100 pingat emas sepanjang menyertai kejohanan olahraga di peringkat kebangsaan.
Selain itu, dia turut merangkul hampir 50 pingat, termasuk 26 emas dalam kejohanan peringkat antarabangsa.
Dia yang juga jurulatih olahraga kebangsaan di Yayasan Sukan Kebangsaan Pakistan turut diberikan Anugerah Prestasi Membanggakan oleh kerajaan Pakistan pada 1958.
Abdul Khaliq bagaimanapun meninggal dunia pada 10 Mac 1988 di usia 54 tahun.
Tarikh lahir: 29 November, 1933
Meninggal dunia: 10 Mac 1988 (pada usia 54 tahun)
Negara: Pakistan
Sukan: Olahraga
Acara: 100m, 200m, 4x100m, 100 ela, 110 ela, 200 ela, 220 ela
CATATAN PERIBADI TERBAIK
100m (10.2s)
200m (20.8s)
PENCAPAIAN
Sukan Asia 1954: Emas 100m, perak 4x100m
Sukan Asia 1958: Emas 100m, perak 200m, gangsa 4x100m










