Khairy tidak mahu jadi ketua pembangkang - Utusan Malaysia

Khairy tidak mahu jadi ketua pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Julai – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang jawatan dalam UMNO termasuk menjadi ketua pembangkang di Parlimen.

Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan memberitahu, buat masa sekarang beliau mahu berehat dan tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu.

“Itu (ketua pembangkang) akan diputuskan oleh Ahli Parlimen tetapi buat masa ini saya tidak mahu apa-apa jawatan kerana saya mahu berehat.

“Bagaimanapun saya akan hadir ke sidang Parlimen selepas ini, itu memang kena hadir mana boleh tidak hadir,” katanya selepas majlis serah tugas kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN