PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak mahu terikat dengan apa-apa jawatan termasuk sebagai ketua pembangkang di Parlimen buat masa ini.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, buat masa ini beliau mahu berehat tetapi tetap akan hadir ke persidangan Dewan Rakyat untuk memainkan peranan selaku ahli Parlimen.
“Jawatan ketua pembangkang ini mesti diputuskan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang. Ahli-ahli Parlimen pembangkang belum lagi bermesyuarat.
“Sebenarnya, saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan buat masa ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas kepada Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Menara KBS di sini, hari ini.
Ditanya sama ada beliau layak menyandang jawatan ketua pembangkang, Khairy berkata: “Ya. Tetapi saya mahu berehat dahulu dan memastikan saya bebas bersuara dan memastikan urusan parti saya berjalan dengan baik. – Bernama










