KFA harap 'lulus' lesen AFC tahun ini - Utusan Malaysia

KFA harap ‘lulus’ lesen AFC tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan anggota gabungannya  akan berusaha memenuhi dan mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memastikan skuad Kedah layak beraksi di dalam mana-mana kejohanan bola sepak, kata Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

“Kita ingin penuhi hasrat penyokong yang mahu melihat pasukan Lang Merah (Kedah) melayakkan diri dan beraksi di peringkat lebih tinggi sama ada dalam negara mahupun Asia,” katanya pada  sidang media selepas Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-43 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Pada tahun lalu, Kedah yang merupakan Juara Piala FA tidak dapat beraksi dalam saingan Piala AFC selepas kepimpinan KFA sebelum ini gagal melepasi syarat pelesenan dalam tempoh masa yang ditetapkan AFC.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan patuhi semua syarat supaya pasukan Kedah layak sertai kejohanan di Malaysia dan Asia. Penyokong juga berharap Kedah dapat melayakkan diri semula dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), jadi KFA akan beri tumpuan yang lebih pada perkara itu,” katanya lagi.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata dia akan menyemak semula jumlah bajet yang diperlukan untuk KFA yang mana sebelum ini KFA memperoleh peruntukan RM30 juta bagi musim 2018 bagi memenuhi pelbagai aspek keperluan Lang Merah. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×