KUALA LUMPUR 12 Julai – Pelantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, mencatat satu lembaran sejarah apabila beliau menjadi individu pertama dari negeri-negeri Borneo dilantik memegang jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman. Malanjum, 65, merupakan lulusan Institut Teknologi Mara (sekarang Universiti Teknologi Mara) di Shah Alam dalam bidang undang-undang, satu jurusan yang dianjurkan secara bersama dengan University of London pada tahun 1975.…










