WASHINGTON 6 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan peletakan jawatan ketua alam sekitarnya, Scott Pruitt, yang kini berdepan dengan skandal etika membabitkan perbelanjaan dan salah laku ketika menjalankan tugas. “Saya menerima peletakan jawatan Scott Pruitt sebagai Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA),” kata presiden itu dalam tweet beliau. Trump memberitahu wartawan dari Air Force One bahawa timbalan Pruitt iaitu Andrew Wheeler, akan mengambil alih sebagai pemangku…










